Sunday, May 07, 2006

sebab-sebab penubuhan malaysia

Sebab-sebab Penubuhan Malaysia
Ancaman komunis
Pengaruh komunis ketara semakin merebak apabila anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) menubuhkan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di bawah pimpinan Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis yang semakin merebak di Singapura.

Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. Kebimbangan Tunku Abdul Rahman dapat dibayangkan dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961. Tunku menyatakan:

“While Singapore is under the British, we feel that there is no treat of open action by the Communists, which might endanger the peace, and security of the Federation, but an independent Singapore, anything could happen…”

Sumber: Mohd Noor Abdullah, 1979.


Perkauman
Walaupun penyertaan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dapat menyekat pengaruh komunis, namun isu berkenaan keseimbangan kaum pula timbul. Ini disebabkan jumlah orang Cina akan melebihi orang Melayu kerana lebih kurang 75% penduduk Singapura terdiri daripada orang Cina.

Sekiranya Singapura bersatu dengan Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak, penduduk Cina akan menjadi 55.925% berbanding dengan kaum bumiputera yang berjumlah 32.135% daripada kepada jumlah keseluruhan penduduk. Jika Sabah dan Sarawak bersatu dengan Tanah Melayu dan Singapura, masalah ini sedikit sebanyak dapat diatasi. Jumlah penduduk bumiputera akan menjadi 49.65% manakala orang Cina pula 41.72%


------ there is supposed to be "Anggaran penduduk Malaysia mengikut kaum, Disember 1964." here.. but i dont think i have the time now to put the table here.. i forgot about the html codes. so it might take me ages to put it here. i'll put it some time later.. i would have put it now if i dont have class tommorow, but sadly i have.. so i'm rushing la this..hehe.. oh! dont bother about my grammar. lol!---------

Latar Belakang Yang Hampir Sama
Negeri-negeri yang dicadangkan menyertai Malaysia dianggap mempunyai latar belakang yang sama dari segi ekonomi, pentadbiran dan sejarah yang sama. Penubuhan Malaysia membolehkan negeri-negeri ini berkongsi faedah terutamanya dari segi perdagangan, pasaran, pelaburan asing dan kestabilan politik.

Mempercepatkan Kemerdekaan
Pembentukan Malaysia merupakan jalan pintas bagi Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan tanpa berusaha bersendirian. Kerajaan British tidak yakin untuk memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini kerana ancaman komunis. Melalui penubuhan Malaysia, penjajahan British di Asia Tenggara dapat dihapuskan. Usaha ini seiring dengan ketetapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan melalui Resolusi 1514(XV). Antara lain, resolusi itu menegaskan:

“Convinced that all peoples have as inalienable right to complete freedom, the exercise of their sovereignty and the integrity of the national territory”

“Declares that all peoples have the right to self-determination, by virtue of that right, they freely determine their political status and freely pursue their economic, social and cultural development””

Sumber: Mohd. Noor Abdullah, 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .

4 comments:

michelle said...

thanks for the info =)

piggydevil said...

no prob

OK_la_tu said...

Quite a good hypothesis from one perspective.

dududu said...

thanks for your information ..your assignment PMR helping me to do my assignment in diploma.