Sunday, May 07, 2006

pemisahan singapura

Pemisahan Singapura
Sebab-sebab Pemisahan
Terdapat tiga punca pertikaian antara Malaysia dengan Singapura iaitu:
a. Masalah politik
Pada bulan November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan politik PAP akan hanya terbatas di Singapura dan parti itu tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan. PAP kemudiannya mengubah keputusan dan bergiat aktif di Tanah Melayu dengan bertanding dalam Pilihan Raya 1964.

Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu kerana penglibatan PAP yang terlalu awal di Tanah Melayu akan menjejaskan perpaduan kaum dan hubungan UMNO dengan MCA. Malah, PAP juga berminat untuk menggantikan MCA bagi mewakili Kaum Cina dalam kerajaan.

b. Masalah perkauman
Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu masih merasakan diri mereka ‘diabaikan’ dan kerajaan Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka, keadaan ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu di Singapura. Beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu kemudiannya menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.
c. Konsep Malaysian Malaysia
Sikap pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ tidak disenangi pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah menafikan institusi Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysia Solidarity Convention dengan slogan ‘a democratic Malaysian Malaysia’ sebagai satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan. Beliau ingin mewujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua’ melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.

d. Masalah ekonomi
Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai. Hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan kadar 60% untuk Singapura dan 40% untuk kerajaan persekutuan. Memandangkan beban cukai Singapura adalah paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan akibat konfrontasi dengan Indonesia, kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semula agihan hasil itu yang menetapkan Singapura menyerahkan 60 % dan bukan lagi 40% hasilnya. Cadangan ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pemimpin Singapura

Pada bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan pengusaha di Singapura untuk berunding dahulu dengan kerajaan persekutuan tentang perlindungan tarif sebelum membuka kilang. Arahan ini telah menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan luas media.

Penyingkiran Singapura
Menjelang bulan Mei 1965, hubungan antara Singapura dan Kuala Lumpur terus tegang hingga membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Akhirnya beliau memaklumkan keputusan beliau untuk menyingkirkan Singapura kepada Tun Abdul Razak dan Dato’ Dr Ismail Abdul Rahman. Pada 9 Ogos 1965, Tunku membuat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat mengenai perpisahan Singapura daripada Malaysia.

5 comments:

Acap Den said...

EYP..
tenks a lot for postin this thng..
it really helps..:-)

piggydevil said...

glad it did. =)

Anonymous said...

can i know from wher you got the source?

Jasmine said...

thanks for the relevant and useful information.i had copy it. :)

Unknown said...

u should somehow put a credit to the source as u are using them for goods..anyway thx