Sunday, May 07, 2006

Idea Pembentukan Malaysia

Idea Pembentukan Malaysia
Rancangan Pembentukan Awal Malaysia
Cadangan awal untuk menyatukan Tanah Melayu dan Wilayah Borneo telah mula difikirkan sejak akhir abad ke-19. Pada tahun 1883, Lord Brassey, salah seorang pengarah Syarikat Borneo Utara British (British North Borneo Company) mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan British. Perkara ini pernah dibincangkan oleh kabinet British pada tahun 1888 dan sekali lagi pada 1932. Namun begitu, cadangan ini lenyap begitu sahaja kerana tiada tindakan susulan yang diambil.

Selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1947, sekali lagi cadangan yang sama disuarakan oleh Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara. Di Singapura pula, syor untuk mencantumkan Tanah Melayu, Brunei, Sarawak dan Sabah (Boneo Utara) mula dicetuskan oleh Thio Chan Bee. Beliau yang merupakan seorang ahli Majlis Perundangan Singapura merangkap Naib Presiden Parti Progresif mengemukakan pandangan ini pada tahun 1948 dan diulangi semula tiga tahun berikutnya. Cadangan ini disokong oleh Sir Robert Boothy seorang ahli parlimen Komanwel yang berpendapat penyatuan ini akan memberi keuntungan dari segi ekonomi dan strategi. Namun sambutan dari kerajaan British nampaknya terus dingin.

Pada tahun 1955, Menteri Singapura, David Marshall dan Tan Sri Ghazali Shafie juga pernah menyuarakan cadangan ini. Pada 1959, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Kuan Yew membuat cadangan untuk mencantumkan Singapura dengan persekutuan Tanah Melayu namun ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang masalah sosial akan timbul akibat ketidakseimbangan di antara kaum Melayu dan Cina
Cadangan Tunku Abdul Rahman
“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari Ini Dalam
Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Cadangan penubuhan Malaysia hanya mendapat perhatian serius setelah perkara ini dicetuskan oleh perdana menteri Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa percantuman antara persekutuan Tanah Melayu dan Singapura wajar sekali jika dimasukkan sekali dengan wilayah Sabah, Sarawak dan Brunei. Beliau berpendapat bahawa negeri-negeri ini mempunyai banyak ciri persamaan dari segi latar belakang sejarah, politik dan struktur kerajaan. Tunku Abdul Rahman mengusulkan cadangan ini dalam ucapannya pada 27 Mei 1961 kepada Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi Singapura. Antara tokoh yang memberi sambutan baik termasuklah Lee Kuan Yew (Ketua Menteri Singapura) dan Harold MacMillan (Perdana Menteri Britain).Antara kandungan ucapan beliau dalam majlis tersebut adalah:

“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari Ini Dalam
Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

1 comment:

Unknown said...

The Best Slots | Casino Roll
The 출장마사지 best slots at Casino Roll. 바카라 사이트 If you ventureberg.com/ love table https://access777.com/ games, to play blackjack, you have to bet twice for the dealer gri-go.com to win. The dealer must