Sunday, May 07, 2006

Halangan Terhadap Penubuhan Malaysia

Halangan Terhadap Penubuhan Malaysia
Tindakan Parti Brunei
Pada awal tahun 1962, Sultan Omar melantik sebuah suruhanjaya bagi meninjau pandangan rakyat Brunei tentang gagasan Malaysia, namun laporan ini tidak pernah diterbitkan. Ini terjadi kerana pemimpin Parti Rakyat Brunei, A.M. Azahari menentang dan menyatakan bahawa Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Sarawak. Beliau mencadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Brunei, Sabah dan Sarawak namun usul ini ditolak oleh Majlis Undangan Negeri Brunei. A.M. Azahari membuat keputusan memberontak dan mengisytiharkan kemerdekaan Kalimantan Utara pada 8 Disember 1962. Namun pemberontakan tersebut berjaya ditumpaskan oleh British. Rundingan diteruskan namun kata sepakat masih gagal dicapai. Akhirnya Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia pada Julai 1963.

Tuntutan Filipina ke atas Sabah
Pada Jun 1962, Kerajaan Filipina membuat tuntutan ke atas negeri Sabah bagi pihak waris Sultan Sulu. Filipina mendakwa bahawa Sabah hanya dipajak dan bukannya dijual oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan itu juga didakwa telah dibatalkan pada tahun 1958. kerajaan British tidak melayan tuntutan tersebut

Setelah gagasan Malaysia dikemukakan, kerajaan Tanah Melayu juga tidak berhasrat untuk mengembalikan semula Sabah kepada Filipina atau menjadikan isu tuntutan itu sebagai halangan kepada penubuhan Malaysia. Pada bulan Februari 1963, kedua –dua pihak setuju berunding di London tetapi rundingan itu gagal kerana kerajaan British enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Oleh kerana tuntutan itu tidak dilayan, hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi renggang.
Konfrontasi Indonesia
Pada peringkat awal, Indonesia menyokong gagasan Malaysia. Kerajaan Indonesia juga menyampaikan ucapan selamat atas usaha kerajaan Tanah Melayu itu dan mengharapkan pembentukan Malaysia akan berjaya. Dalam surat Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia yang disiarkan oleh akhbar New York Times bertarikh 13 November 1961, beliau berkata:

As an example of our honesty and lack of expansionist intent, one fourth of the island of Kalimantan (Borneo) consisting of three Crown Colonies of Great Britain, is now becoming the target of Malayan Government for a merger. Of course, the people there are ethologically and geographically very close to the others living in Indonesia territory. Still, we do not show any objection toward this Malayan policy of merger. On the contrary, we wish the Malayan Government well if it can succeed with this plan

Walau bagimanapun, tidak lama kemudian, sikap kerajaan Indonesia mula berubah dan mengecam gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru di Asia Tenggara. Perubahan sikap ini disebabkan hasutan daripada Parti Komunis Indonesia (PKI) sehingga mendorong Presiden Sukarno mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia dari segi ekonomi dan sosial dengan melancarkan kempen “Ganyang Malaysia”. Indonesia menuduh gagasan Malaysia mewakili kuasa-kuasa neokolonialisme. Tindakan Indonesia menjadi lebih agresif sehingga membawa kepada pencerobohan tentera di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak

Selepas pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963, hubungan diplomatik dengan Indonesia diputuskan. Malaysia juga mengambil langkah mengadakan perjanjian pertahanan dengan negara Britain, New Zealand dan Australia.

Konfrontasi mula reda selepas peristiwa Gestapo 30 September iaitu perebutan kuasa antara Parti Komunis Indonesia dan Tentera Nasional Indonesia. Presiden Sukarno sendiri tidak mengetahui bahawa pegawai-pegawai kanan tentera telah berunding dengan wakil Malaysia di Bangkok dan Hong Kong. Tentera Indonesia telah menumpaskan PKI pada bulan September 1965. Peralihan kuasa ini membuka perdamainan antara Indonesia dan Malaysia. Pada Jun 1966, Tun Abdul Razak dan Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia) telah berunding dan menandatangani satu perjanjian di Bangkok bagi memulihkan hubungan antara kedua-dua negara.

Gagasan MAPHILINDO
Berikutan dengan perbalahan di antara tanah Melayu dengan Indonesia dan Filipina, satu sidang kemuncak diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 antara Presiden Sukarno, Presiden Macapagal dan Tunku Abdul Rahman. Mereka bersetuju untuk mengadakan kerjasama antara ketiga-tiga negara melalui satu pertubuhan kerjasama serantau. Gabungan ini dikenali sebagai MAPHILINDO iaitu singkatan bagi Malaysia, Philippines dan Indonesia.

Pemimpin Indonesia dan Filipina bersetuju untuk menerima penubuhan Malaysia dengan syarat sebuah suruhanjaya khas di bawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk meninjau pandangan rakyat di Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. PBB telah menghantar satu suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak serta meneliti kerja-kerja yang ditugaskan oleh Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya Khas PBB telah menjalankan tugas dari 16 Ogos hingga 5 September 1963.

Tinjauan yang dibuat PBB menghasilkan satu keadaan yang positif iaitu rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Persekutuan Malaysia. Namun begitu, Kerajaan Indonesia dan Filipina tetap menolak akan keputusan itu. Penubuhan Malaysia yang dirangcangkan pada 31 Ogos 1963 telah ditangguh kerana PBB tidak dapat menyiapkan laporannya pada tarikh tersebut tetapi berjanji akan menyiapkan laporannya pada 14 September 1963. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menetapkan tarikh baru iaitu 16 September 1963 untuk mengisytiharkan kelahiran Malaysia. Keputusan ini telah mendapat bantahan dan bangkangan hebat dari Indonesia. Apabila Setiausaha Agung PBB mengemukakan laporannya, dan Filipina tetap menolak keputusan laporan PBB itu.

5 comments:

eternity said...

There's room for improvement ... Cheers Malaysia !!!

Hi, I would like to invite you to visit

http://www.newcreation.org.sg/testimonies/testimonies.htm

http://www.newcreation.org.sg/resources/video/videomessage.htm

piggydevil said...

hi eternity! thx for the comment! i'll do some changes to the blog later! theres still alot to do! thx anyway!

Krystal said...

Hi... is it possible to put the sources for this article? thnx...

piggydevil said...

i'm so sorry for not getting back at you guys sooner. something wrong with the feeds, somehow didn't send inform me there's new comment.

i'm sorry but i dont have the sources with me now. my hardcopy was never returned to me (and i assume it went to the recycle bin) and my soft copy is in my sister's external

however, i'll put up the sources ASAP when i get my soft copy. so sorry ya

piggydevil said...

hi all, i got my soft copy back now. so i shall post the source in a new post k..
hope it helps