Sunday, May 07, 2006

Halangan Terhadap Penubuhan Malaysia

Halangan Terhadap Penubuhan Malaysia
Tindakan Parti Brunei
Pada awal tahun 1962, Sultan Omar melantik sebuah suruhanjaya bagi meninjau pandangan rakyat Brunei tentang gagasan Malaysia, namun laporan ini tidak pernah diterbitkan. Ini terjadi kerana pemimpin Parti Rakyat Brunei, A.M. Azahari menentang dan menyatakan bahawa Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Sarawak. Beliau mencadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada Brunei, Sabah dan Sarawak namun usul ini ditolak oleh Majlis Undangan Negeri Brunei. A.M. Azahari membuat keputusan memberontak dan mengisytiharkan kemerdekaan Kalimantan Utara pada 8 Disember 1962. Namun pemberontakan tersebut berjaya ditumpaskan oleh British. Rundingan diteruskan namun kata sepakat masih gagal dicapai. Akhirnya Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia pada Julai 1963.

Tuntutan Filipina ke atas Sabah
Pada Jun 1962, Kerajaan Filipina membuat tuntutan ke atas negeri Sabah bagi pihak waris Sultan Sulu. Filipina mendakwa bahawa Sabah hanya dipajak dan bukannya dijual oleh Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan itu juga didakwa telah dibatalkan pada tahun 1958. kerajaan British tidak melayan tuntutan tersebut

Setelah gagasan Malaysia dikemukakan, kerajaan Tanah Melayu juga tidak berhasrat untuk mengembalikan semula Sabah kepada Filipina atau menjadikan isu tuntutan itu sebagai halangan kepada penubuhan Malaysia. Pada bulan Februari 1963, kedua –dua pihak setuju berunding di London tetapi rundingan itu gagal kerana kerajaan British enggan mengiktiraf kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Oleh kerana tuntutan itu tidak dilayan, hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi renggang.
Konfrontasi Indonesia
Pada peringkat awal, Indonesia menyokong gagasan Malaysia. Kerajaan Indonesia juga menyampaikan ucapan selamat atas usaha kerajaan Tanah Melayu itu dan mengharapkan pembentukan Malaysia akan berjaya. Dalam surat Dr. Subandrio, Menteri Luar Indonesia yang disiarkan oleh akhbar New York Times bertarikh 13 November 1961, beliau berkata:

As an example of our honesty and lack of expansionist intent, one fourth of the island of Kalimantan (Borneo) consisting of three Crown Colonies of Great Britain, is now becoming the target of Malayan Government for a merger. Of course, the people there are ethologically and geographically very close to the others living in Indonesia territory. Still, we do not show any objection toward this Malayan policy of merger. On the contrary, we wish the Malayan Government well if it can succeed with this plan

Walau bagimanapun, tidak lama kemudian, sikap kerajaan Indonesia mula berubah dan mengecam gagasan Malaysia sebagai satu bentuk penjajahan baru di Asia Tenggara. Perubahan sikap ini disebabkan hasutan daripada Parti Komunis Indonesia (PKI) sehingga mendorong Presiden Sukarno mengisytiharkan konfrontasi terhadap Malaysia dari segi ekonomi dan sosial dengan melancarkan kempen “Ganyang Malaysia”. Indonesia menuduh gagasan Malaysia mewakili kuasa-kuasa neokolonialisme. Tindakan Indonesia menjadi lebih agresif sehingga membawa kepada pencerobohan tentera di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak

Selepas pengisytiharan Malaysia pada 16 September 1963, hubungan diplomatik dengan Indonesia diputuskan. Malaysia juga mengambil langkah mengadakan perjanjian pertahanan dengan negara Britain, New Zealand dan Australia.

Konfrontasi mula reda selepas peristiwa Gestapo 30 September iaitu perebutan kuasa antara Parti Komunis Indonesia dan Tentera Nasional Indonesia. Presiden Sukarno sendiri tidak mengetahui bahawa pegawai-pegawai kanan tentera telah berunding dengan wakil Malaysia di Bangkok dan Hong Kong. Tentera Indonesia telah menumpaskan PKI pada bulan September 1965. Peralihan kuasa ini membuka perdamainan antara Indonesia dan Malaysia. Pada Jun 1966, Tun Abdul Razak dan Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia) telah berunding dan menandatangani satu perjanjian di Bangkok bagi memulihkan hubungan antara kedua-dua negara.

Gagasan MAPHILINDO
Berikutan dengan perbalahan di antara tanah Melayu dengan Indonesia dan Filipina, satu sidang kemuncak diadakan di Manila dari 30 Julai hingga 5 Ogos 1963 antara Presiden Sukarno, Presiden Macapagal dan Tunku Abdul Rahman. Mereka bersetuju untuk mengadakan kerjasama antara ketiga-tiga negara melalui satu pertubuhan kerjasama serantau. Gabungan ini dikenali sebagai MAPHILINDO iaitu singkatan bagi Malaysia, Philippines dan Indonesia.

Pemimpin Indonesia dan Filipina bersetuju untuk menerima penubuhan Malaysia dengan syarat sebuah suruhanjaya khas di bawah penyeliaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) diwujudkan untuk meninjau pandangan rakyat di Sabah dan Sarawak terhadap gagasan Malaysia. PBB telah menghantar satu suruhanjaya yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak serta meneliti kerja-kerja yang ditugaskan oleh Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya Khas PBB telah menjalankan tugas dari 16 Ogos hingga 5 September 1963.

Tinjauan yang dibuat PBB menghasilkan satu keadaan yang positif iaitu rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Persekutuan Malaysia. Namun begitu, Kerajaan Indonesia dan Filipina tetap menolak akan keputusan itu. Penubuhan Malaysia yang dirangcangkan pada 31 Ogos 1963 telah ditangguh kerana PBB tidak dapat menyiapkan laporannya pada tarikh tersebut tetapi berjanji akan menyiapkan laporannya pada 14 September 1963. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah menetapkan tarikh baru iaitu 16 September 1963 untuk mengisytiharkan kelahiran Malaysia. Keputusan ini telah mendapat bantahan dan bangkangan hebat dari Indonesia. Apabila Setiausaha Agung PBB mengemukakan laporannya, dan Filipina tetap menolak keputusan laporan PBB itu.

proses pembentukan malaysia

Proses Pembentukan Malaysia
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC),1961
Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia(MSCC) ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Jawatankuasa ini berperanan untuk menjelaskan konsep Malaysia kepada orang ramai terutamanya di Borneo dan mengumpul pelbagai pandangan tentang Malaysia di Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari Tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei.

-----another table here-Anggota Perwakilan Dalam Majlis Perundingan Perpaduan Malaysia (MSCC)------


MSCC ingin melihat gagasan Malaysia menjadi kenyataan dan kerana itu mereka berusaha mencapai permuafakatan. Mesyuarat dan rundingan telah diadakan sebanyak empat kali di
a. Jesselton(21 Ogos 1961)
b. Kuching (18 Disember 1961)
c. Kuala Lumpur (6 Januari 1962)
d. Singapura (1 Februari 1962)

MSCC juga telah menyediakan memorandum yang berasaskan Perlembagaan Tanah Melayu dan menyatakan
a. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan Islam dijadikan agama rasmi
b. Setiap rakyat diberi kebebasan agama
c. Sabah dan Sarawak diperuntukkan beberapa keistimewaan seperti dalam bidang imigresen untuk mengawal kemasukan orang ramai ke wilayah itu
d. Kedudukan istimewa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dikekalkan
e. Perwakilan dalam parlimen adalah berdasarkan jumlah penduduk serta keluasan sesebuah kawasan

Suruhanjaya Cobbold
Satu suruhanjaya dibentuk untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak. Suruhanjaya ini dinamakan Suruhanjaya Cobbold sempena nama mengerusinya, Lord Cobbold.

Ahli suruhanjaya
o Lord Cobbold
o Sir Anthony Abell
o Sir David Watherston
o Mohd. Ghazali bin Shafie
o Wong Pow Nee


Bidang Tugas
o Meninjau pandangan penduduk Sabah dan Sarawak tentang rancangan penubuhan Malaysia
o Menilai kesemua pandangan yang diberi
o Membuat syor-syor yang bersesuaian


Suruhanjaya ini menjalankan penyiasatan selama 2 bulan iaitu dari 19 Februari hingga 18 April 1962 . Laporan Suruhanjaya Cobbold dikemukakan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan kerajaan British pada bulan Jun 1962. Laporan ini mengesahkan bahawa 80 % penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia iaitu
a. ⅓ menyokong pembentukan Malaysia tanpa mengambil kira syarat-syarat percantuman
b. ⅓ lagi setuju dengan pembentukan Malaysia dengan pelbagai syarat dan jaminan yang mendatangkan faedah kepada kedua-dua pihak.
c. Baki ⅓ pula terbahagi kepada 2 bahagian iaitu pihak yang mahukan supaya kedua-dua negeri merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia dan mereka yang mahu British terus memerintah untuk beberapa tahun lagi.

Penduduk yang menentang pembentukan Malaysia dengan apa jua syarat adalah hanya 20% daripada keseluruhan penduduk di Sabah dan Sarawak. Antara syor-syor yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Cobbold adalah:
a. Persekutuan yang bakal ditubuhkan dinamakan “Malaysia”
b. Sabah dan Sarawak mempunyai ketua negeri mereka sendiri
c. Majlis perundangan Sabah dan Sarawak diberi kuasa menentukan dasar agama dan imigresen
d. Peraturan-peraturan kewangan akan diadakan bagi tujuan pembangunan ekonomi di Sabah dan Sarawak
e. Kedudukan bumiputera dikekalkan.
f. Sabah dan Sarawak diberi bantuan kewangan bagi pembangunan ekonomi untuk tempoh lima tahun pertama selepas menyertai Malaysia

Pada 1 Ogos 1962, kerajaan British dan Tanah Melayu mengumumkan bahawa kedua-dua kerajaan menerima dengan sebulat suara hampir semua cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Cobbold dan menetapkan Malaysia ditubuhkan pada 31 Ogos 1963 kerana hari kemerdekaan Tanah Melayu jatuh pada tarikh yang sama. Sabah dan Sarawak juga setuju dengan tarikh tersebut. Seiring dengan itu, satu Jawatankuasa Antara Kerajan (JAK) dibentuk.

Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK)
JAK dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Malaysia di samping melindungi hak serta kepentingan rakyat di Sabah dan Sarawak. JAK diketuai oleh Lord Landsdowne sebagai pengerusi, Dato’ Abdul Razak sebagai timbalan pengerusi serta wakil-wakil daripada kerajaan British, Singapura, Sabah dan Sarawak.

JAK menerima pandangan daripada pelbagai pihak, khususnya dari Sabah dan Sarawak tentang kedudukan kedua-dua negeri tersebut dalam Persekutuan Malaysia. Wakil-wakil dari Sabah menghantar satu memorandum yang mengandungi 20 Perkara untuk melindungi hak dan kepentingan rakyat Sabah. Walaupun para pemimpin Sarawak tidak menghantar sebarang tuntutan, tetapi mereka bersetuju dengan perkara ynag terkandung dalam Tuntutan 20 Perkara.

JAK mengeluarkan laporannya pada bulan Februari 1963. Laporan itu dibincangkan dalam Majlis Negeri Sarawak pada 8 Mac 1963 dan diikuti oleh Sabah pada 13 Mac 1963 sebelum dibentangkan dalam Persidangan Parlimen Tanah Melayu dan diluluskan sebagai Akta Malaysia, 1963

-----table:Antara beberapa perkara penting dalam Tuntutan 20 Perkara Sabah dan laporan Jawatankuasa Antara Negeri-----

Laporan JAK menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 8 Julai 1963. Menerusi perjanjian itu, kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Singapura, Sabah dan Sarawak yang akan bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu melalui pembentukan Malaysia.

Pungutan Suara Di Singapura
Pungutan suara atau referendum yang diadakan pada 1 September 1962 bertujuan untuk menentukan syarat-syarat yang dipersetujui oleh penduduk Singapura untuk bercantum dengan persekutuan Tanah Melayu dan bukannya bermakna penduduk Singapura berpeluang menolak rancangan Malaysia. Pengundi diberi tiga pilihan iaitu
a. Pilihan A – percantuman yang memberikan Singapura kuasa autonomi dalam buruh, pelajaran dan perkara-perkara lain dan dengan sendirinya rakyat Singapura menjadi rakyat Malaysia
b. Pilihan B – percantuman penuh tanpa syarat bagi Singapura sebagai negeri yang sama taraf dengan 11 buah negeri-negeri Melayu yang lain
c. Pilihan C – percantuman dengan syarat-syarat yang sama seperti yang diberikan kepada wilayah-wilayah Borneo.

Semasa pungutan suara dijalankan, Barisan Sosiolis (Socialist Front) meneruskan tentangan dengan meminta penduduk Singapura untuk memulangkan kertas undi kosong sebagai tanda bantahan. Kerajaan Singapura menegaskan bahawa sesiapa yang memulangkan kertas undi kosong dianggap sebagai orang yang belum membuat keputusan. Oleh itu, undi mereka ditakrifkan mengikut Artikel 29, Ordinan Pungutan Suara yang menyebut bahawa sesiapa yang memulangkan kertas undi kosong tanpa ditanda dianggap sebagai bersetuju dengan sebarang keputusan Majlis Undangan Singapura.

hasil referendum ini mendapati
- 397626 penduduk menyokong pilihan A - 7911 penduduk penyokong pilihan C
- 9422 penduduk menyokong pilihan B - Sebanyak 144077 undi rosak

Sumber: Department of Information Malaysia 1963. Malaysia in Brief. Kuala Lumpur: Department of Information Malaysia

perisytiharan malaysia

Pengisytiharaan Malaysia
Selepas rundingan terakhir antara semua pihak yang terlibat, perjanjian Malaysia ditandatangani pada 8 Julai 1963 di Marlborough House, London antara kerajaan Britain, Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak. Perisytiharan ini mengesahkan peralihan kedaulatan Britain ke atas Singapura, Sabah dan Sarawak.

Perisytiharan Malaysia
16 September 1963Perisytiharan Malaysia secara rasminya dibuat pada 16 September 1963 secara serentak di Kuala Lumpur, Singapura, Jesselton dan Kuching

------diagram: langkah-langkah ke arah pembentukan malaysia-----

pemisahan singapura

Pemisahan Singapura
Sebab-sebab Pemisahan
Terdapat tiga punca pertikaian antara Malaysia dengan Singapura iaitu:
a. Masalah politik
Pada bulan November 1963, Lee Kuan Yew menyatakan bahawa kegiatan politik PAP akan hanya terbatas di Singapura dan parti itu tidak bercadang untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya Tanah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas penyatuan. PAP kemudiannya mengubah keputusan dan bergiat aktif di Tanah Melayu dengan bertanding dalam Pilihan Raya 1964.

Tunku Abdul Rahman menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu kerana penglibatan PAP yang terlalu awal di Tanah Melayu akan menjejaskan perpaduan kaum dan hubungan UMNO dengan MCA. Malah, PAP juga berminat untuk menggantikan MCA bagi mewakili Kaum Cina dalam kerajaan.

b. Masalah perkauman
Hubungan di antara UMNO dan PAP menjadi semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu masih merasakan diri mereka ‘diabaikan’ dan kerajaan Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka, keadaan ini menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan orang Melayu di Singapura. Beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu kemudiannya menemui Tunku Abdul Rahman untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin serius selepas Setiausaha Agung UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP cuba memecahkan perpaduan masyarakat Melayu di Singapura.
c. Konsep Malaysian Malaysia
Sikap pemimpin Singapura yang memperjuangkan konsep ‘Malaysian Malaysia’ tidak disenangi pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah menafikan institusi Kesultanan Melayu serta mencabar hak istimewa orang Melayu dan bumiputera. Pada bulan Mei 1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysia Solidarity Convention dengan slogan ‘a democratic Malaysian Malaysia’ sebagai satu pakatan di kalangan parti pembangkang untuk menandingi Parti Perikatan. Beliau ingin mewujudkan satu ‘persamaan hak bagi semua’ melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.

d. Masalah ekonomi
Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai. Hasil yang dikutip akan dibahagikan berasaskan kadar 60% untuk Singapura dan 40% untuk kerajaan persekutuan. Memandangkan beban cukai Singapura adalah paling ringan dan bertambahnya perbelanjaan pertahanan akibat konfrontasi dengan Indonesia, kerajaan persekutuan bercadang untuk mengkaji semula agihan hasil itu yang menetapkan Singapura menyerahkan 60 % dan bukan lagi 40% hasilnya. Cadangan ini menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati pemimpin Singapura

Pada bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew Sin mengarahkan pengusaha di Singapura untuk berunding dahulu dengan kerajaan persekutuan tentang perlindungan tarif sebelum membuka kilang. Arahan ini telah menimbulkan kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan luas media.

Penyingkiran Singapura
Menjelang bulan Mei 1965, hubungan antara Singapura dan Kuala Lumpur terus tegang hingga membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Akhirnya beliau memaklumkan keputusan beliau untuk menyingkirkan Singapura kepada Tun Abdul Razak dan Dato’ Dr Ismail Abdul Rahman. Pada 9 Ogos 1965, Tunku membuat pengumuman rasmi di Dewan Rakyat mengenai perpisahan Singapura daripada Malaysia.

Idea Pembentukan Malaysia

Idea Pembentukan Malaysia
Rancangan Pembentukan Awal Malaysia
Cadangan awal untuk menyatukan Tanah Melayu dan Wilayah Borneo telah mula difikirkan sejak akhir abad ke-19. Pada tahun 1883, Lord Brassey, salah seorang pengarah Syarikat Borneo Utara British (British North Borneo Company) mengemukakan cadangan tersebut kepada kerajaan British. Perkara ini pernah dibincangkan oleh kabinet British pada tahun 1888 dan sekali lagi pada 1932. Namun begitu, cadangan ini lenyap begitu sahaja kerana tiada tindakan susulan yang diambil.

Selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1947, sekali lagi cadangan yang sama disuarakan oleh Malcolm MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi British di Asia Tenggara. Di Singapura pula, syor untuk mencantumkan Tanah Melayu, Brunei, Sarawak dan Sabah (Boneo Utara) mula dicetuskan oleh Thio Chan Bee. Beliau yang merupakan seorang ahli Majlis Perundangan Singapura merangkap Naib Presiden Parti Progresif mengemukakan pandangan ini pada tahun 1948 dan diulangi semula tiga tahun berikutnya. Cadangan ini disokong oleh Sir Robert Boothy seorang ahli parlimen Komanwel yang berpendapat penyatuan ini akan memberi keuntungan dari segi ekonomi dan strategi. Namun sambutan dari kerajaan British nampaknya terus dingin.

Pada tahun 1955, Menteri Singapura, David Marshall dan Tan Sri Ghazali Shafie juga pernah menyuarakan cadangan ini. Pada 1959, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lee Kuan Yew membuat cadangan untuk mencantumkan Singapura dengan persekutuan Tanah Melayu namun ditolak oleh Tunku Abdul Rahman kerana bimbang masalah sosial akan timbul akibat ketidakseimbangan di antara kaum Melayu dan Cina
Cadangan Tunku Abdul Rahman
“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari Ini Dalam
Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

Cadangan penubuhan Malaysia hanya mendapat perhatian serius setelah perkara ini dicetuskan oleh perdana menteri Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa percantuman antara persekutuan Tanah Melayu dan Singapura wajar sekali jika dimasukkan sekali dengan wilayah Sabah, Sarawak dan Brunei. Beliau berpendapat bahawa negeri-negeri ini mempunyai banyak ciri persamaan dari segi latar belakang sejarah, politik dan struktur kerajaan. Tunku Abdul Rahman mengusulkan cadangan ini dalam ucapannya pada 27 Mei 1961 kepada Persatuan Wartawan-wartawan Luar Asia Tenggara di Hotel Adelphi Singapura. Antara tokoh yang memberi sambutan baik termasuklah Lee Kuan Yew (Ketua Menteri Singapura) dan Harold MacMillan (Perdana Menteri Britain).Antara kandungan ucapan beliau dalam majlis tersebut adalah:

“ Lambat-laun Tanah Melayu harus bersefahaman dengan Britain dan rakyat-rakyat Singapura, Borneo Utara, Brunei dan Sarawak. Adalah agak terlalu awal untuk saya menyebutkan cara bagaimana persefahaman itu dapat dicapai, namun tidak dapat dielakkan bahawa kita perlu mencapai objektif ini dan memikirkan satu rancangan bagaimana wilayah-wilayah ini dapat dibawa kepada satu kerjasama politik dan ekonomi yang rapat”.

Sumber: Arkib Negara Malaysia, 1981.Gagasan Persekutuan Malaysia. Hari Ini Dalam
Sejarah Jilid II. Kuala Lumpur: Percetakan Negara.

sebab-sebab penubuhan malaysia

Sebab-sebab Penubuhan Malaysia
Ancaman komunis
Pengaruh komunis ketara semakin merebak apabila anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP) menubuhkan Barisan Sosialis yang berhaluan kiri di bawah pimpinan Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihan raya kecil bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis yang semakin merebak di Singapura.

Perkembangan pengaruh komunis di Asia Tenggara terutamanya Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tunku risau jika Singapura merdeka bersendirian, Singapura mungkin akan jatuh ke tangan komunis dan seterusnya menggugat keselamatan Tanah Melayu. Oleh itu, jika Singapura bergabung dengan Malaysia, pengaruh komunis dapat disekat. Kebimbangan Tunku Abdul Rahman dapat dibayangkan dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961. Tunku menyatakan:

“While Singapore is under the British, we feel that there is no treat of open action by the Communists, which might endanger the peace, and security of the Federation, but an independent Singapore, anything could happen…”

Sumber: Mohd Noor Abdullah, 1979.


Perkauman
Walaupun penyertaan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu dapat menyekat pengaruh komunis, namun isu berkenaan keseimbangan kaum pula timbul. Ini disebabkan jumlah orang Cina akan melebihi orang Melayu kerana lebih kurang 75% penduduk Singapura terdiri daripada orang Cina.

Sekiranya Singapura bersatu dengan Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak, penduduk Cina akan menjadi 55.925% berbanding dengan kaum bumiputera yang berjumlah 32.135% daripada kepada jumlah keseluruhan penduduk. Jika Sabah dan Sarawak bersatu dengan Tanah Melayu dan Singapura, masalah ini sedikit sebanyak dapat diatasi. Jumlah penduduk bumiputera akan menjadi 49.65% manakala orang Cina pula 41.72%


------ there is supposed to be "Anggaran penduduk Malaysia mengikut kaum, Disember 1964." here.. but i dont think i have the time now to put the table here.. i forgot about the html codes. so it might take me ages to put it here. i'll put it some time later.. i would have put it now if i dont have class tommorow, but sadly i have.. so i'm rushing la this..hehe.. oh! dont bother about my grammar. lol!---------

Latar Belakang Yang Hampir Sama
Negeri-negeri yang dicadangkan menyertai Malaysia dianggap mempunyai latar belakang yang sama dari segi ekonomi, pentadbiran dan sejarah yang sama. Penubuhan Malaysia membolehkan negeri-negeri ini berkongsi faedah terutamanya dari segi perdagangan, pasaran, pelaburan asing dan kestabilan politik.

Mempercepatkan Kemerdekaan
Pembentukan Malaysia merupakan jalan pintas bagi Singapura, Sabah dan Sarawak mendapat kemerdekaan tanpa berusaha bersendirian. Kerajaan British tidak yakin untuk memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini kerana ancaman komunis. Melalui penubuhan Malaysia, penjajahan British di Asia Tenggara dapat dihapuskan. Usaha ini seiring dengan ketetapan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1960 yang meminta supaya penjajahan di seluruh dunia ditamatkan melalui Resolusi 1514(XV). Antara lain, resolusi itu menegaskan:

“Convinced that all peoples have as inalienable right to complete freedom, the exercise of their sovereignty and the integrity of the national territory”

“Declares that all peoples have the right to self-determination, by virtue of that right, they freely determine their political status and freely pursue their economic, social and cultural development””

Sumber: Mohd. Noor Abdullah, 1979. Kemasukan Sabah Dan Sarawak Ke Dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka .

reaksi dan sambutan

Reaksi dan Sambutan
Persekutuan Tanah Melayu
Pada umumnya, rancangan pembentukan Malaysia yang dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman mendapat sambutan baik daripada parti-parti politik di Tanah Melayu. Kesemua parti politik bersetuju dengan prinisip tersebut tetapi berbeza pendapat tentang bagaimana hendak melaksanakannya. Misalnya, PAS walaupun menerima cadangan itu tetapi mempersoalkan tindakan Tunku kerana tidak berunding dengan para pemimpin politik yang lain sebelum mengumumkannya. PAS juga mencadangkan pembentukan Melayu Raya yang merangkumi Indonesia. Parti-parti lain seperti MCA dan Parti Rakyat Malaya juga menyatakan sokongan masing-masing.

Singapura
Kerajaan PAP di bawah pimpinan Lee Kuan Yew menyambut baik dan menyokong cadangan itu. Gagasan ini dapat pengelakkan Singapura daripada dikuasai oleh parti berhaluan kiri. PAP juga melihat cadangan tersebut sebagai peluang baik untuk membolehkan Singapura mencapai kemerdekaan dengan lebih cepat.

Workers’ Party walaupun setuju, tetapi melihat cadangan tersebut sebagai sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan. Parti Rakyat Singapura menentang cadangan itu dan mengaggapnya sebagai satu rancangan kerajaan British untuk terus mengekalkan pengaruhnya.

Sabah, Sarawak dan Brunei
Cadangan penubuhan Malaysia telah memeranjatkan para pemimpin parti-parti politik di Sabah, Sarawak dan Brunei. Akibat kesedaran politik yang baru muncul yang baru muncul, ada antara pemimpin yang ingin mendapatkan kemerdekaan bagi negeri masing-masing secara berasingan atau membentuk sebuah Kesatuan Negeri-negeri Borneo yang merdeka. Ada antara mereka yang menganggap rancangan pembentukan Malaysia sebagai satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu bagi menggantikan penjajahan British. Oleh sebab kebimbangan itu, para pemimpin politik di Borneo telah membentuk satu Barisan Bersatu (United Front) pada 9 Julai 1961. Barisan Bersatu ini dianggotai oleh Donald Stephen iaitu pengasas Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO), Ong Kee Hui iaitu Pengerusi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan A.M Azahari, Pengerusi Parti Rakyat Brunei. Setiausaha Agung Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Stephen Kalong Ningkan menentang usaha meletakkan Sarawak di bawah sebarang kuasa asing . Bantahan-bantahan ini timbul kerana mereka tidak mendapat maklumat lengkap daripada kerajaan Tanah Melayu tentang rancangan penubuhan Malaysia sehingga ada antaranya yang membuat kenyataan secara terburuh-buru.

Walau bagaimanapun, setelah mendapat penjelasan daripada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, parti-parti di Sabah seperti UNKO, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Bersatu, Parti Demokratik, Pasok Momogun akhirnya menyokong pembentukan Malaysia. Parti Perikatan Sabah di bawah pimpinan Donald Stephens dan Tun Mustapha bin Datu Harun yang terdiri daripada semua parti politik di Sabah telah memenangi pilihan raya Majlis Daerah yang pertama pada tahun 1962. Ini menunjukan kesepakatan rakyat Sabah untuk menyertai Malaysia

Di Sarawak pula, Parti Negara Sarawak(PANAS) dan Parti Kebangsaan Sarawak(SNAP) pada awalnya menentang tetapi akhirnya menyokong cadangan pembentukan Malaysia. Parti-parti lain seperti Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) juga menyokong usul tersebut. Walau bagaimanapun Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) menentang usul tersebut kerana berpendapat Sarawak patut bersatu dengan Sabah dan Brunei. Akhirnya, kesemua parti politik di Sarawak kecuali SUPP telah membentuk parti Perikatan Sarawak dan memenangi Pilihan raya Majlis Daerah pada tahun 1963.


Di Brunei pula, Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong cadangan Malaysia dan menyifatkan cadangan itu sebagai sesuatu yang menarik hati kerana wujudnya ‘tali perhubungan agama, bangsa, adat resam dan kebudayaan’ antara kedua-dua negeri. Brunei juga memerlukan Tanah Melayu bagi melindungi daripada Filipina dan Indonesia Sokongan ini jelas dilihat dalam kenyataan baginda sendiri, iaitu

“… bahawa Brunei bersetuju pada dasarnya untuk menyertai Malaysia sekiranya dalam persekutuan itu bersesuaian dengan kehendak kita dan boleh mendatangkan faedah kepada kita”

Sumber: Sabihah Osman, 1995